Siapa Kami

Selera Emas Catering (No. Pendaftaran 001453866-V) telah ditubuhkan pada 23 Disember 2003. Sejak ditubuhkan Selera Emas Catering telah berkembang maju dari perniagaan kantin dan kafeteria hinggalah ke perkhidmatan katering yang serba lengkap.

Berbekalkan pengalaman menjalankan perniagaan kantin dan kafeteria secara sederhana Selera Emas Catering telah mula menapak di Café Angkasapuri pada tahun 2002. Selera Emas Catering bukan saja terlibat dalam perniagaan kafeteria dan kantin, bahkan juga dalam perniagaan katering bercorak "On-Premise" dan "Off-Premise". Sejak itu Selera Emas Catering telah berkembang dan pihak pengurusan Kementerian Penerangan serta pelanggan-pelanggan di dalam dan luar menaruh keyakinan dengan syarikat ini.

Selera Emas Catering terkenal dengan kecekapan, perkhidmatan pelanggan yang efisen, makanan yang menarik lagi lazat, serta kebersihan. Selera Emas Catering kini mampu menyediakan khidmat pelbagai majlis hingga 10,000 jemputan. Dari majlis rasmi ke majlis santai, samada di dalam dewan atau konsep gerai di laman, Hari Sukan atau Hari Keluarga, berkelah atau beradat, Selera Emas Catering sedia menyempurnakan majlis anda.

Selera Emas Catering kini berpusat di Petaling Jaya, Kuala Lumpur dan Bangi.


Wawasan Kami


Selera Emas Catering berwawasan untuk menjadi pakar penyediaan makanan, perkhidmatan dan runding cara majlis yang beretika, berdaya saing, profesional dan berlandaskan prinsip-prinsip Islam, sekaligus menjadi pemimpin pasaran dalam industri katering.

 


Misi Kami
Memenuhi, menasihati dan memberi khidmat katering serta runding cara majlis yang terbaik kepada pelanggan

Sentiasa prihatin terhadap kebajikan pekerja melalui hubungan baik antara pekerja dan majikan, skim-skim istimewa yang disediakan, latihan-latihan kemahiran dan penyediaan peralatan yang lengkap dan selamat digunakan

Mempunyai rangkaian pembekal bahan mentah, makanan dan minuman yang luas, berdaya saing dan cekap untuk memastikan perkhidmatan sentiasa berjalan lancar dan baik
Sentiasa memperbaiki dan menjaga mutu perkhidmatan, dari segi penyediaan makanan yang bersih dan citarasa yang standard, layanan yang cekap dan mahir
Komited untuk peningkatan mutu perkhidmatan yang berterusan
   

Produk Kami
Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi menyempurnakan majlis anda.
Antara perkhidmatan yang kami sediakan ialah :
   
Penyediaan Makanan & Minuman (katering).
Pembungkusan Makanan
   

Perkhidmatan Tempahan

Kami menyediakan perkhidmatan termpahan untuk khenduri, rumah terbuka atau hari-jadi kepada pelanggan-pelanggan yang ingin mengadakan jamuan di rumah atau pejabat bersama dengan sanak-saudara atau pun sahabat-handai mereka.

Kami menyediakan berbagai jenis makanan dan minuman untuk dipilih mengikut kehendak "bajet" anda.

Sila ambil perhatian bahawa untuk tempahan kurang daripada 50 orang, kami akan kenakan caj perkhidmatan dan pengangkutan sebanyak 20% .